# PMR: 3 Hari Periksa Untuk Uji 3 Tahun Belajar #
Melangkah ke SMKTB bukanlah asing sangat kepada saya.. sudah tiga tahun saya berulang masuk keluar ke sekolah ni.. Disetiap penghujung tahun.. sayalah yang akan mengadap guru darjah untuk mendengar dan memberi pandangan terhadap prestasi dua puteri saya yang belajar di sini..Saya juga tidak pernah miss untuk menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah.. Satu ketika dua puteri saya diperli oleh rakan sekolahnya.."keluarga awak ni berpisah@bercerai ke..hanya ayah awak jer datang "... Nak menguatkan betapa saya bukan asing di kalangan pelajar dan guru kelas SMKTB..
Tiga tahun hampir berlalu.. Rabu ( 2.Oktober) bermulah PMR terakhir dalam kamus Dasar Pendidikan Negara..Malam tadi hampir 90% pelajar dan keluarga yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM di SMKTB memenuhi Madrasah dan Dewan sekolah.. Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan bacaan Yassin beramai ramai, diikuti solat Maghrib berjemaah, solat Hajat dan disudahi dengan solat Isyak..
Tujuan hanya satu.. memohon kehadrat Ilahi semuga tiga tahun yang dipelajari oleh anak anak dapat diungkaikan dengan sempurna dalam 3 hari PMR. Tak dinafikan.. majlis sebegini berupaya melonjakkan semangat pelajar untuk berhati hati dalam menjawab peperiksaan supaya hasrat ibu bapa dapat diterjemahkan..
![]() |
Pelajar yang menyertai solat hajat |
![]() |
Antara ibu yang hadir |
Pemerhatian saya.. reaksi raut muka dan bahasa badan pelajar pada malam tadi pelbagai.. ada yang ceria.. ada yang sugul dan ada yang bersahaja.. Reaksi ini mungkin boleh dikaitkan dengan persediaan pelajar selama 3 tahun tersebut..
" Pelajar yang ceria menggambarkan pelajar ini adalah pelajar yang berupaya mengenal diri dan potensinya.. ibarat kalau bangun pagi.. dia tak lupa untuk mengemas tempat tidurnya.. memastikan semuanya sempurna dan teratur.." Maknanya pelajar ini telah menggunakan seoptimum mungkin sepanjang 3 tahun dan begitu berkobar kobar untuk menzahirkannya dalam 3 hari PMR..
" Pelajar yang sugul menggambarkan dia telah mengenal dirinya tetapi agak kabur untuk mengenal potensi yang dia miliki.. ibarat kalu bangun pagi.. dia asyik terlupa untuk berus giginya walaupun dia sudah berada dalam bilik air untuk mandi".. Apa pengajarannya... Pelajar ni tahu, 3 tahun untuk persediaan tetapi memikirkan masa 3 tahun tu terlalu lama.. Tunggu tahun ke 2 saya akan pulun.. Tetapi .. sedar tak sedar hanya beberapa minggu sahaja lagi PMR bakal menjelang.. Study gila2... mula terasa masa itu emas.. tetapi dah tak sempat nak cover.. berdebar debar menunggu 3 hari PMR .
" Pelajar yang bersahaja menggambarkan pelajar ini dari golongan yang tak akil baligh.. diri dan potensi langsung tidak dikenalinya.. ibarat kalau tidur.. di mana mana pun boleh..ruang tamu..atas kerusi..di beranda.. beralas ke tidak no hal.. janji boleh lelap mata dan pagi esok boleh dicelikkan semula mata... Maknanya pelajar ni hanya menuruti arus.. mak bapak suroh pergi sekolah saya pergi.. ikutkan hati.. nak lepak kat Giant atau Maidyn jer...cuci cuci mata.. lagi syok.. Golongan pelajar yang menyiksakan pengetua dan guru guru kerana berpotensi besar menjatuhkan KPI sekolah..
3 tahun belajar akan diuji 3 hari PMR.. itulah hakikatnya.. Doa saya semuga pelajar SMKTB akan mendapat inayah dan perlindungan Ilahi.. Menjawablah dengan penuh hati hati.. jangan gopoh dan over confident.. masa terluang.. semak semula.. tidur awal malam.. bangun awal pagi.. selepas solat subuh.. munajatlah sepenuh hati..jiwa dan raga kepada Ilahi..solat sunat Dhuha sebelum melangkah ke dewan.. biar berlinangan airmata semasa berdoa .. semuga linangan airmata kegembiraan selepas keputusan PMR.. SELAMAT BERJUANG..
No comments:
Post a Comment