EIDUL ADHA 2013:
Sudah hambarkah sambutannya??
"Peredaran zaman.. ramai perantau yang sudah terikut ikut bahawa Raya Haji tak sepenting mana.. Iklan dan promosi untuk Raya Haji pun nampak sangat kelesuan .. tiada bena dari ahli politik yang tergantung sana sini.. berbeza Eidul Fitri.. ramai ahli politik dan pemimpin tempatan berebut rebut mencari lokasi strategic untuk menggantung bena " selamat pulang perantau"
2013: Eidul Adha jatuh pada 15 Oktober hari Selasa.. cuaca hari raya adalah baik.. mentari menyinari dari terbitnya fajar hingga ke petang.. membantu melicinkan segala urusan dan perancangan yang di atur sepanjang raya. Jom kita kongsi perjalanan Eidul Adha bersama untuk sensasikan tajuk pilihan catatan ku kali ini..
Aku berangkat balik ke kampung sehari sebelum Eidul Adha.. kampung yang dituju adalah kampung Lemal, Pasir Mas.. kampung mertua.. kampung yang banyak ku habiskan masa di 'hari hari besar' begini.. kampung asal ku telah lama jadi kampung kedua setelah kedua ibu dan bapa ku pergi mengadap Ilahi. Perjalanan balik kampung dari Kuala Terengganu tidak banyak terganggu.. lancar.. cuma tersangkut sedikit bila memasuki kawasan bandar atau pekan utama disatu satu daerah .. perjalanan juga sedikit terganggu akibat hujan lebat sesampai saja di Pekan Tok Bali.. Tok Bali menjadi tempat persinggahan wajib setiap kali aku balik kampong.. tempat mendapatkan sedikit buah tangan untuk di hadiahkan kepada mertua.. udang,, ketam.. dan tak lupa ikan ayo.. ikan kegemaran mertua ku untuk di masak gulai juadah pagi.. nasi berlauk.. puhhhh... gulai yang cukup ump.. Perjalanan ini memberi gambaran awal kemuraman Eidul Adha dalam konteks 'balik kampung'..
Jadual semalam agak sibuk.. sesampai saja di Lemal.. bersama keluarga aku bertolak ke Ketereh.. rumah arwah ibu ku.. untuk memenuhi jemputan majlis cukur kepala anak baru suami arwah ibu ku. Sempat singgah di pekan Ketereh untuk mendapatkan hadiah buat 'new born'. Pekan yang agak sibuk. mungkin ramai yang sedang mendapatkan bekalan akhir untuk sambutan Eidul Adha.. Ini menampakkan sedikit kemeriahan.. sedikit sukar nak dapatkan parking..tapi tak lama sangat menunggu. Sampai di rumah, semua adik beradik ku telah pun sampai.. masing masing bertanya khabar.. maklumlah masing masing berjauhan dan cuma berhubung dengan whatsapp.. Riuh rendah rumah arwah ibu dengan telatah sepupu anak anak kami.. kumpulan kanak lelaki dengan power ranger dan ultraman.. remaja perempuan dengan bercerita kisah aktres korea.. Geng dewasa berbual pasal kehebatan kereta masing masing... Geng isteri pula dengan kakah emas dan baju serta beg mak datin.. situasi dan suasana yang wajib setiap kali kami berhimpun .. semangat kekeluargaan yang jitu keakraban..
Malam raya sempat juga kami ronda Bandar Kota Bharu semasa perjalanan balik ke Pasir Mas.. saja nak lihat suasana.. lagipun malam masih muda.. sekitar jam 9.00 malam. Kami susuri jalan hadapan Masjid Utama Negeri.. deretan kedai yang menjual pakaian islamik, jubah, ketayap dan bau bauan minyak atar.. Singgah untuk dapatkan baju jubah anak tunggal lelaki kami.. menyusuri KB Mall.. untuk baju raya puteri bongsu..Bandar Kota Bharu tak sesibuk yang ku sangkakan.. agak lengang walaupun jam sekitar pukul 10.00 malam.. Banyak kedai telah menutup operasi seharian.. Mungkin juga kerana system jalanraya telah bertambah baik menyebabkan tiada kesesakan berlaku.. Laluan baru dari Jambatan Sultan Yahya Petra telah dibuka sepenuhnya banyak membantu melancarkan lalulintas.. anak anak kami mengatakan KB dah setaraf KL dengan jaringan jalan yang berkonsep flyover.. Kami perasan.. sebenarnya memang traffic agak lengang di pusat Bandar menunjukkan ramai warga TRW di perantauan tetap berada di perantauan..
Pagi raya, di izinNya sebagaimana dirancang untuk kami sekeluarga bersolat sunat Eidul Adha di madrasah hadapan rumah.. Madrasah 'hijau'...
Sebelum melangkah masuk ke ruang solat..sempat juga saya rakamkan photo untuk diabadikan..
Selepas solat sunat.. baru kami menjamah juadah pagi raya beramai ramai.. nasi beraluk ikan ayo, gulai ayam dan udang.. sedikit ketupat untuk memenuhi syarat hari raya.. Teh tarik special oleh mertua ku memang menjadi kegemaran kami seisi keluarga..
Raya Qurban.. senonim dengan merebahkan lembu... pun begitu setengah tempat dah mula merebahkan Unta.. tapi jarang kedengaran kerana kesukaran mendapatkan sumber..tetapi lembu ada di mana mana.. harga sebahagian lembu dari 7 bahagian adalah RM500.00.. memberi maksud sekor lembu bernilai RM3.5K.. puhhh... boleh tahan.. harga jualan biasa daging lembu ialah RM24.00/kilo. Timbangan bagi daging lembu Qurban bagi sebahagian yang kami terima ialah 17 kg... memberi maksud sekor lembu qurban jika untuk jualan biasa sekitar RM2.9K telah melambung RM3.5K.. macam ada unsur 'perniagaan' dalam urusan lembu Qurban.. Nauzubillah...
Selepas Zohor.. kami mula menziarahi keluarga terdekat.. bermula dengan rumah arwah ibu di ketereh.. kerana diadakan majlis aqiqah.. Perjalanan dari Pasir Mas ke ketereh biasa biasa saja.. semacam bukan musin perayaan..terlintas dalam fikiran..kemeriahan raya qurban di Kelantan sudah mula pudar.. tidak se gah dulu.. Dulu.. bila sebut raya haji.. sambutan di Kelantan akan lebih meriah dari Raya Eidul Fitri..perantauan akan berduyung duyung balik kampong.. sebab itu cuti Raya Qurban di Kelantan adalah 2 hari berbanding negeri sebelah Pantai Barat yang cuma sehari.. Peredaran zaman.. ramai perantau yang sudah terikut ikut bahawa Raya Haji tak sepenting mana.. Iklan dan promosi untuk Raya Haji pun nampak sangat kelesuan .. tiada bena dari ahli politik yang tergantung sana sini.. Berbeza Eidul Fitri.. ramai ahli politik dan pemimpin tempatan berebut rebut mencari lokasi strategic untuk menggantung bena " selamat pulang perantau"..
Kami sampai di ketereh sekitar pukul 4.00 petang.. sesampai saja kami dapati tiga dari keluarga adik beradik kami sedang berkemas untuk balik ke ibukota.. terpaksa berangkat awal kerana esok anak anak dah mula bersekolah..hanya sempat beraya sehari sahaja.. terlintas lagi difikiran ku.. adakah ini satu dari seribu punca kelesuan Eidul Adha mutakhir ini.. kurang cakna pentadbiran...
Sekitar 6.00 petang.. ziarah raya di teruskan ke rumah arwah ayah di Pak Badol yang masih didiami oleh adik adik ku.. Kami lima beradik sebelah arwah ayah.. masih seorang di alam persekolahan iaitu adik bongsu yang lebih glamour dengan panggilan moksu oleh anak anak kami.. anak anak kami lebih akhrab dengan moksu..mungkin sezaman dan mungkin moksu suka layan karenah.. belajar di UiTM tahun akhir.. bakal pegawai farmasi.. Syukran.. moksu dirumah bila kami sampai di sana. Langkah kanan.. jarang sangat kami dapat bertemu.. bila kesempatan bertemu begini.. anak anak kami sangat teruja dan penuh dengan gelagat nakalnya untuk mengusik moksu mereka. Suasana di sini menampakkan roh hari lebaran dengan telatah anak kami yang sudah lama memendam kerinduan pada Tok Mek dan emak saudara mereka. Semuga ikatan kekeluargaan tidak pudar ditelan zaman.
Ziarah terakhir ialah rumah keluarga angkat. Rumahnya hanya menyeberangi sungai dari rumah arwah ayah. Kami tinggal sebumbung di zaman kanak kanak saya. Akrab hingga kini. Rumah ni tak pernah sunyi dengan himpunan keluarga setiap kali musim lebaran. Kali ini kelihatannya juga berbeza.. tak ramai ahli keluarga berhimpun.. yang ada cuma dua anak kembar mereka.. sebelah rumahnya adalah rumah kakaknya.. juga sunyi sepi.. tak kedengaran riuh rendah cucu cucu sebagaimana lazim.. Masuk maghrib..aku ke surau berdekatan.. tujuannya selain menunaikan solat berjemaah ialah untuk berjumpa rakan sepermainan ku dulu.. aku dibesarkan di kampung ini.. aku hampa lagi.. yang ada hanya beberapa kerat warga emas.. Kampung asalku telah lesu di hari raya qurban.. Sebelum berangkat balik ke Pasir Mas..kami makan malam di sini dengan menu Raya Qurban.
Sepanjang perjalan balik ke Pasir Mas.. fikiran aku melayang memikirkan Eidul Adha telah mula terhakis sinarnya.. Tak ramai perantau yang balik menjengok keluarga sempena lebaran.. Bagaimana situasi zaman yang mendatang.. zaman anak anak kami yang akan merantau dari sisi kami.. balikkah mereka memeriahkan lebaran Eidul Adha bersama kami??.. atau hanya sekadar SMS atau Whatsapp pengganti diri..
Raya Qurban.. senonim dengan merebahkan lembu... pun begitu setengah tempat dah mula merebahkan Unta.. tapi jarang kedengaran kerana kesukaran mendapatkan sumber..tetapi lembu ada di mana mana.. harga sebahagian lembu dari 7 bahagian adalah RM500.00.. memberi maksud sekor lembu bernilai RM3.5K.. puhhh... boleh tahan.. harga jualan biasa daging lembu ialah RM24.00/kilo. Timbangan bagi daging lembu Qurban bagi sebahagian yang kami terima ialah 17 kg... memberi maksud sekor lembu qurban jika untuk jualan biasa sekitar RM2.9K telah melambung RM3.5K.. macam ada unsur 'perniagaan' dalam urusan lembu Qurban.. Nauzubillah...
Selepas Zohor.. kami mula menziarahi keluarga terdekat.. bermula dengan rumah arwah ibu di ketereh.. kerana diadakan majlis aqiqah.. Perjalanan dari Pasir Mas ke ketereh biasa biasa saja.. semacam bukan musin perayaan..terlintas dalam fikiran..kemeriahan raya qurban di Kelantan sudah mula pudar.. tidak se gah dulu.. Dulu.. bila sebut raya haji.. sambutan di Kelantan akan lebih meriah dari Raya Eidul Fitri..perantauan akan berduyung duyung balik kampong.. sebab itu cuti Raya Qurban di Kelantan adalah 2 hari berbanding negeri sebelah Pantai Barat yang cuma sehari.. Peredaran zaman.. ramai perantau yang sudah terikut ikut bahawa Raya Haji tak sepenting mana.. Iklan dan promosi untuk Raya Haji pun nampak sangat kelesuan .. tiada bena dari ahli politik yang tergantung sana sini.. Berbeza Eidul Fitri.. ramai ahli politik dan pemimpin tempatan berebut rebut mencari lokasi strategic untuk menggantung bena " selamat pulang perantau"..
Kami sampai di ketereh sekitar pukul 4.00 petang.. sesampai saja kami dapati tiga dari keluarga adik beradik kami sedang berkemas untuk balik ke ibukota.. terpaksa berangkat awal kerana esok anak anak dah mula bersekolah..hanya sempat beraya sehari sahaja.. terlintas lagi difikiran ku.. adakah ini satu dari seribu punca kelesuan Eidul Adha mutakhir ini.. kurang cakna pentadbiran...
Sekitar 6.00 petang.. ziarah raya di teruskan ke rumah arwah ayah di Pak Badol yang masih didiami oleh adik adik ku.. Kami lima beradik sebelah arwah ayah.. masih seorang di alam persekolahan iaitu adik bongsu yang lebih glamour dengan panggilan moksu oleh anak anak kami.. anak anak kami lebih akhrab dengan moksu..mungkin sezaman dan mungkin moksu suka layan karenah.. belajar di UiTM tahun akhir.. bakal pegawai farmasi.. Syukran.. moksu dirumah bila kami sampai di sana. Langkah kanan.. jarang sangat kami dapat bertemu.. bila kesempatan bertemu begini.. anak anak kami sangat teruja dan penuh dengan gelagat nakalnya untuk mengusik moksu mereka. Suasana di sini menampakkan roh hari lebaran dengan telatah anak kami yang sudah lama memendam kerinduan pada Tok Mek dan emak saudara mereka. Semuga ikatan kekeluargaan tidak pudar ditelan zaman.
Sepanjang perjalan balik ke Pasir Mas.. fikiran aku melayang memikirkan Eidul Adha telah mula terhakis sinarnya.. Tak ramai perantau yang balik menjengok keluarga sempena lebaran.. Bagaimana situasi zaman yang mendatang.. zaman anak anak kami yang akan merantau dari sisi kami.. balikkah mereka memeriahkan lebaran Eidul Adha bersama kami??.. atau hanya sekadar SMS atau Whatsapp pengganti diri..
No comments:
Post a Comment