PENGAJARAN DARI KEHIDUPAN SILAM
"Kehidupan silam membuatkan hubungan keluarga ku dengan adik beradik sebelah arwah ayah agak terbatas.. Pengajaran yang perlu aku abadikan untuk tidak diulangi oleh anak anak ku.. Akan aku cuba untuk merapatkan semula hubungan.. kerana pertalian mereka tidak jauh.. hanya emak saudara"
Catatan ini khas untuk mengabadikan keakraban anak anak ku dengan mak sedaranya.. adik beradik ku sebelah arwah ayah.. Kami jarang berjumpa lantaran tuntutan membangun karier masing masing.. Kisah hidup silam dan perjalanan mengharumi kehidupan membuatkan hubungan anak anak ku dengan adik beradik ku sebelah arwah ayah agak terbatas. Pun begitu.. bila ada kesempatan.. aku kan cuba untuk mengakrabkan mereka. Biar mereka tahu bahawa di situ masih ada talian kekeluargaan..
Catatan lampau...
1971..Seusia 7 tahun aku terpisah dengan ibu dan ayah ku apabila kedua ibubapa ku mengambil 'haluan masing masing'. Aku dibesarkan oleh Datuk Saudara sebelah arwah ayah ku. Arwah ayah seorang yang gemar merantau.. jarang berada di kampung. Ahamdulillah. aku dibesarkan dengan sempurna oleh Datuk Saudara ku..meskipun jauh disudut hati..aku menagih kasih sayang dari kedua ibubapa ku.. Sebelah ibu aku tiada masalah untuk melepaskan rindu.. Datuk Saudara akan membawa ku ke rumah ibu apabila aku meminta.. jaraknya hanya dekat..Kg Pak Badol ke Kg Danan.. setengah jam membonceng basikal tua Datuk Saudara ku.. aku akan ditinggalkan di situ semalam dua apabila cuti hujung minggu.. Cuma kerinduan kepada ayah.. sukar untuk dilepaskan kerana ayah ku berada jauh diperantauan.. entah di mana.. Aku terus membesar.. dari kanak kanak menjadi remaja.. dari sekolah rendah hinggalah aku ke menara gading. ayah jarang ku temui.. cuma sekali sekala bila musim perayaan.. ayah akan balik ke kampung..
1985.. aku memasuki alam pekerjaan.. sudah berupaya berdikari.. fikiran semakin matang.. tapi masih gila gila remaja.. aku bekerja di Ibukota.. bandaraya KL.. gah dengan motor kuasa tinggi ku YPVS 250cc..
1990an.. aku ditukarkan ke Muadzam Shah, Pahang.. usia ku sudah mid 20an.. sudah pakai kereta.. Proton Saga color putih mutiara.. Berada jauh dari Bandaraya membuatkan aku mula muhasabah diri.. mula mengingatkan asal usul ku.. kekeluargaan yang 'renggang' Aku mula merisik untuk menjejaki ayah ku yang telah lama tidak ku temui.. Pencarian ku dimakbulkan olehNya.. ayah dan keluarganya ku pujuk untuk balik menetap di kampung di rumah arwah bapa saudaranya yang juga datuk saudara ku yang membesarkan aku.. sehinggalah ayah pergi buat selama lamanya.
Kehidupan silam ini membuatkan hubungan aku dengan adik beradik sebelah arwah ayah agak terbatas.. Pengajaran yang perlu aku abadikan untuk tidak diulangi oleh anak anak ku.. Akan aku cuba untuk merapatkan semula hubungan.. kerana pertalian mereka tidak jauh.. hanya emak sedara..
Catatan terkini..
Tuntutan hidup masa kini memungkinkan hubungan kekeluargaan akan pudar.. Jika tidak ditangani dengan bijaksana.. tidak mustahil emak saudara dan sepupu dirasakan macam orang asing..Oleh itu, setiap kali musim perayaan.. keutamaan dalam agenda ialah menziarahi setiap ahli keluarga terdekat ku.. aku bawa seluruh ahli keluarga ku turut bersama.. tujuannya satu.. supaya mereka saling kenal mengenali,, supaya ikatan kekeluargaan tersimpul kemas.. tiada lagi tembok pemisah antara kami.. perlu refreshment once a year..
2013..Kesempatan pertemuan di hari lebaran Eidul Adha.. berupaya menggambarkan keakraban yang aku impikan... semuga anak anak ku tahu sebahagian dari asal usul mereka.. arwah ayah (datuk mereka) yang tidak kesempatan mereka melihat dan menatapi wajahnya bukan penghalang untuk mereka merasakan aliran darah dalam tubuh mereka dan tubuh emak saudaranya adalah sebahagian dari zuriat yang sama.
Photo yang memberi seribu harapan...
Salam Eidul Adha..
No comments:
Post a Comment