Part 1: Permukaan Jalan Beralun : Apa penyelesaiannya?...
Persoalan:
Kerapkali kita menemui permukaan jalan yang beralun. Namun jarang memikirkan punca utama yang menyumbang kepada berlakunya permukaan beralun tersebut. Spontan yang terlintas diminda ialah kesilapan pelaksana. Tidak dinafikan tetapi adalah lebih baik jika kita juga dapat memahami punca tersebut sebagai satu justifikasi dalam menyalahkan pihak tertentu. Memahami punca sesuatu akan meletakann justifikasi yang seimbang dalam menyalahkan pihak pihak tertentu setelah mempertimbangankan kekangan yang wujud.
Punca dan Penyelesaian..
Punca utama berlakunya permukaan jalan beralun:
i. Berlakunya proses pengukuhan ( sedimentation) ke atas tanah tambun
ii. Lapisan sub base dan base yang tak terpadat sepenuhnya
iii. Menggunakan kaedah konvensional ke atas kawalan ketebalan lapisan premik semasa proses
hamparan.
Antara kaedah untuk mengatasi punca tersebut ialah :
i. Proses pengukuhan tanah dengan mengenakan 'surcharge' dan 'proof rolling'
ii. Sub base dengan melakukan lapisan 'wetmix' untuk mencapai pemadatan yang sempurna
iii. Kawalan ketebalan lapisan premik dengan menggunakan kaedah 'string wire'.
Perkongsian pengalaman.
Kesempatan kali ini.. saya akan berkongsi pengalaman kawalan ketebalan premik menggunakan 'string wire' yang dipraktikkan di Lebuhraya Pantai Timur sebagai satu langkah dalam mengawal isu permukaan jalan beralun. Insha Allah.. dikesempatan lain.. kaedah yang digariskan di atas akan saya nukilkan untuk di kongsi..
Pengalaman di Lebuhraya Pantai Timur
Semasa sedang melihat aktiviti penghamparan premik di salah satu tapak di LPT2.. terfikir untuk berkongsi pengalaman @ pengetahuan tentang teknik yang digunakan di Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam kerja penghamparan premik... kaedah yang digunakan boleh dikelaskan up to date method.. kan sedang bina lebuhraya bukannya jalan sebarangan. Peringkat awal bersama LPT, selalu terdengar perkataan 'string wire' disebut sebut dalam mesyuarat tapak. Oleh itu ramai dikalangan kita yang berada dibidang ini belum berkesempatan terlibat dengan hamparan premik yang menggunakan string wire dalam mengawal ketebalan. lapisan premik. Jom kita share pengalaman ini... " sharing is caring"...
Ketetapan Spesifikasi:
Jumlah ketebalan purata terpadat bagi struktur asfalt (gabungan lapisan binder dan wearing) hendaklah tidak kurang daripada ketebalan yang ditetapkan. Manakala ketebalan mana-mana lapisan asfalt ( binder ataupun wearing) hendaklah tidak kurang daripada ketebalan yang ditentukan dengan toleransi 10mm.
Isu dalam memenuhi kehendak spesifikasi..
Struktur lapisan permukaan jalan (premik) terdiri dari dua struktur yang dipanggil lapisan Binder ( bahagian bawah) dan lapisan Wearing ( bahagian atas). Tekstur lapisan binder lebih kasar dengan saiz batuan maksima 28mm manakala lapisan wearing ( bahagian atas) yang bersentuhan dengan tayar kenderaan, teksturnya lebih halus ( saiz batuan kurang dari 14mm). Cabaran semasa menghampar lapisan ini ialah memastikan ketetapan spesifikasi di atas dipatuhi.
Kaedah konvensional @ manual :
Ketebalan premik dikawal dengan melaras @ mengawal mata pangsi penurap secara manual. Seorang pekerja ditetapkan dibelakang paver ( mesin menghampar premik) untuk menyemak ketebalan premik dengan mencucuk sebatang besi yang telah ditanda ketebalan yang dikehendaki ke dalam lapisan hamparan premik tersebut. Jika terlebih tebal ataupun terkurang tebal, mata pangsi penurap akan diselaraskan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki. Pengawalan ini berlaku disepanjang jajaran jalan yang dihampar. Kekerapan melaras mata pangsi penurap inilah ( untuk mengawal ketebalan premik sebagaimana kehendak spesifikasi) yang menghasilkan permukaan jalan yang beralun.
Kaedah automatik:
Kawalan ini digunakan untuk mengekalkan tahap, ketebalan dan crossfall ke tahap yang lebih tinggi kekerapan daripada yang biasanya diperolehi dengan kawalan manual. Kawalan automatik menggunakan sensor untuk mengaktifkan mekanisme hidraulik yang mengawal mata pangsi penurap. Meningkatkan dan mengurangkan mata pangsi mengubah ketebalan asphalt
Probe sensor boleh bergerak pada rujukan talian tetap (string wire) yang dipasang selari dengan permukaan siap yang dikehendaki. Probe sensor akan menghantar maklumat ketinggian lapisan premik yang dikehendaki kepada 'computer board ' yang akan mengawal aras laran mata pangsi. Ini memberi maksud ketebalan premik telah dikawal sebelum proses hamparan lagi.
Proses kerja :
Langkah 1:
String wire dipasang melalui tiang sokongan khas ke tahap yang telah ditetapkan sebagai
rujukan untuk sensor. Merupakan satu kaedah yang sangat berkesan membetulkan bentuk permukaan yang tidak teratur supaya hamparan premik kelak tidak mengikut permukaan tersebut. Inilah punca permukaan premik yang beralun apabila proses hamparan menggunakan kaedah manual. Untuk mengatasi dari berlaku pengenduran pada string wire, tiang sokonga di pasang tidak melebihi daripada jarak 5m ( memastikan ketebalan premik tidak kurang dari ketebalan yang ditentukan ; kehendak spesifikasi).
![]() |
Gambaran string wire dan tiang sokongan di lapangan |
Tiang sokongan adalah dari jenis boleh laras supaya ketebalan premik yang hendak dihampar dapat ditentukan dan dikunci supaya ia kekal dengan ketinggian yang dikehendaki.
![]() |
Tiang sokongan boleh laras yang berkunci |
Langkah 2:
Semasa proses penghamparan premik, probe sensor dilaras supaya bersentuhan dengan string wayar. Probe sensor ini akan menghantar maklumat kepada computer board dan seterusnya mengawal aras mata pangsi penurap untuk menentukan ketebalan lapisan premik yang terhampar.
![]() |
Probe sensor dipastikan bersentuhan dengan string wire sebelum hamparan |
Langkah 3:
Peringkat permulaan hamparan, semakan ketebalan premik terhampar di lakukan untuk memastikan ketebalan adalah sebagaimana yang dilaraskan oleh string wire. Apabila kepatuhan ketebalan dipastikan, kerja hamparan bolehlah diteruskan.
![]() |
Menyemak ketebalan premik sebelum proses hamparan dilanjutkan. |
Kawalan ini sebenarnya menetapkan ketebalan premik tidak kurang dari ketebalan yang ditetapkan dengan masa yang sama mengawal permukaan yang rata. Sebarang perubahan permukaan pada aras memanjang berubah secara perlahan perlahan dalam sela setiap 5m Oleh itu, walaupun bentuk permukaan asas beralun tetapi lapisan premik akan kekal rata. Itulah idea disebalik penggunaan string wire.
![]() |
Permukaan premik yang rata terhasil dengan penggunaan kawalan string wire |
Klip video semasa proses hamparan premik
No comments:
Post a Comment