LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 2 - INFORMASI RINGKAS
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah salah satu projek mega dalam Rancangan Malaysia Ke 9 yang akan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan Wawasan 2020 di sepanjang Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER).
JAJARAN LEBUHRAYA
Fasa 2 lebuhraya bermula dari Jabur, Kemaman, Terengganu dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu sepanjang 184 km. Ianya merupakan lebuhraya yang direkabentuk bertaraf tinggi dengan 4-lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat, 2 hentian sebelah, lampu jalan dan 10 plaza tol (lihat Lampiran 1).
Lampiran 1: jajaran LPT2 |
PENGURUSAN PROJEK
Pembinaan dua pertiga daripada panjang keseluruhan lebuhraya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan selebihnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). JKR telah membahagikan 120 km di bawah tanggungjawabnya kepada 16 pakej pembinaan di mana setiap pakej panjangnya antara 3 km hingga 14 km. (lihat Lampiran1) Pasukan projek khas JKR telah ditubuh untuk mengurus projek bermula daripada peringkat rekabentuk hingga siap pembinaan dengan diketuai oleh Pengarah Pembinaan Gred Jusa C. Selepas pembinaan lebuhraya disiapkan, keseluruhan pakej akan diserahkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk operasi dan penyelenggaraan. Projek ini dibahagikan kepada 16 pakej laluan utama dan 12 pakej sampingan.
PAKEJ-PAKEJ PEMBINAAN
Projek ini dibahagikan kepada 16 pakej laluan utama dan 12 pakej sampingan.. Pelaksanaan projek adalah melalui tender dengan 52% daripada jumlah kos projek di tawarkan hanya kepada kontraktor Bumiputera daripada Terengganu dan 48% kepada semua kontraktor Bumiputera.
JADUAL PELAKSANAAN
Projek bermula dengan rekabentuk dalam tahun 2005 dan diikuti dengan pembinaan dalam tahun 2006. Pembinaan lebuhraya ini dijangka dapat disiapkan pada suku ketiga tahun 2014. Jadual Pelaksanaan sebagaimana Lampiran 3
Lampiran 3: Jadual Pelaksanaan LPT2 |
sori la.. lampiran tu kecil sangat.. tak boleh baca pun... jika mahu maklumat lanjut..sila layari laman web rasmi lpt2..
ReplyDeletegood job but tulisan sukar dibaca.
ReplyDelete