Friday, 6 September 2013




RUN 4 PEACE


Assalamualaikum dan Salam Keamanan

6.9.13: Jumaat - Pagi ni saya bersama dua puteri ( KakNik dan Kak Wae)  menyahut pelawaan untuk menyertai " RUN FOR PEACE 2013" peringkat Kuala Terengganu yang larian bermula di Pantai Batu Buruk. Semangat dua puteri saya nampaknya begitu tinggi dan teruja kerana inilah pertama kali mereka menyertai acara masyarakat peringkat besar begini. Bilik tidur saya diketuk seawal pukul 6 pagi lagi.. Bila saya buka pintu..wah mereka dah bersedia dengan uniform larian..Acara bermula pukul 7.00 pagi.. masih awal.. sempat untuk menyediakan sarapan pagi.. bihun goreng + tea O..

Selepas menunaikan perkara fardu kepada pencipta.. kami menuju ke Pantai Batu Buruk yang jaraknya cuma 10 minit dari rumah..

RUN 4 PEACE


Kak Wea dan Kak Nik.. Pantai Batu Buruk masih lengang.. awalnya kami sampai..:) p

Saya sempat bertemu organiser larian ini untuk "temuramah" matlamat dan harapan RUN 4 PEACE..

Acara ini pertama kali diadakan di Kuala Terengganu oleh NGO Sokka Gakkai Malaysia.. diadakan serentak di 4 buah negeri iaitu Kuantan (Pahang), Alor Setar (Kedah), Kuala Terengganu ( Terengganu), dan Kota Bharu (Kelantan). Bagi negeri negeri lain sebelah Pantai Barat  akan berlangsung pada hari Ahad ( 8.9.13). Acara seumpama ini telah bermula semenjak 2005 lagi di negeri negeri Pantai Barat yang populasi kaum Cina lebih ramai dalam usaha menarik kaum ini bersama masyarakat dunia dan mengeratkan perpaduan. Run 4 Peace secara tersirat  adalah mengajak manusia untuk melihat kesan sejagat ke atas kezaliman yang berlaku di negera negara yang tertindas dan perang saudara. Saya cuba mengingati negara yang bergolak.. emmm kebanyakannya adalah negara Islam.. jadi patutlah NGO ini berusaha untuk menarik kaum Cina untuk sama sama merasai bahang kesengsaraan.. Niat yang murni..peace..

Menurut organiser tu lagi.. dalam kontek negara kita yang berbilang bangsa @ kaum.. RUN 4 PEACE diharap dapat mengekalkan semangat perpaduan antara kaum yang sedia terjalin supaya tidak mudah tergugat. Larian ini diharap memberi satu simbol 'unity' dan sama sama menolak sikap ekstrim golongan tertentu yang terlampau memperjuangkan kaum tertentu.. Saya anggup jer dengan penjelasan wakil organiser tersebut.. yang saya teruja bila wakil penganjur ni cakap.. " A aa..macam abang ni (sambil memegang bahu saya).. turut serta bersama anak anak.. bagus bagus..".. saya cuba menyembunyikan kaki saya.. ( pakai selipar ..tak pakai kasut sukan ).. tapi dia masih perasan.. tak apa.. pakai selipar pun..masih boleh lari kan.. (selipar separuh kasut..ala macam selipar crock tu ler ).. saya anggup lagi..

Larian ni tiada hadiah.. tiada pemenang.. makanan ringan dan air mineral disediakan.. Saya memerhati lagi sekeliling.. ramai juga dari golongan vateran yang turut serta.. golongan vateran ni hampir 90% adalah bangsa Cina... saya teruja lagi.. kalau tak berlari ni.. kantoi..

SUASANA PENYERTAAN LARIAN
Saya memerhati dari segi populasi kaum yang menyertai acara ni di peringkat Terengganu.. dari ucapan wakil organiser tadi dinyatakan penyertaan adalah sangat menggalakkan dan kehadiran adalah dari segenap daerah di negeri tganu kiter.. Hitungan saya secara rambang, kehadiran peserta sekitar 300 orang ( biasanyanya jangkaan saya tak jauh tersasar). Populasi mengikut kaum ialah 80% kaum Cina, 19% kaum melayu dan 1% India... Pelancung asing tak pula kelihatan walaupun saya cuba menyelinap disetiap penjuru acara untuk mencari warga asing ( bukan PATI tapi pelancung). Jom.. kita lihat gambar photo yang saya abadikan untuk melihat penyertaan tersebut..

Remaja Cina meungguli penyertaan.. peace..

Sekelumpuk remaja melayu yang turut serta.. Knik (berbaju hitam) terltinggal baju larian di sekolah..

Acara bermula dengan senamam memanas badan tepat pukul 7 pagi.. Nama jer memanas badan tapi lagu iringan adalah Gang Nam Style.. heavy looo.. berteriak @ bertepik macam histeria la sep remaja.. yang dah berumur cuma jadi pemerhati.. dalam pada itu ada juga yang cuba mengikut rentak tarian tersebut... hahaha. sumbang jer rentak mereka.. ( p.s : termasuk saya )..


Tarian GangNam Style.. pemanas badan sebelum larian..
 Acara memanas badan berlangsung hampir 1 jam.. semuanya dengan iringan lagu lagu top hits tika ni.. sambil menunggu acara panas badan.. saya sempat melihat persekitaran.. ada disediakan sudut pameran yang dinamakan " SEEDS OF HOPE".. Saya tak dapat nak komen panjang matlamat pameran ni .. keterangan adalah dalam bahasa Cina.. saya rasa penganjur kena lihat semula kewajaran menggunakan bahasa ni.. peace..

Khemah pamiran.. 


Minta penganjur guna bahasa kebangsaan @ loghat tganu kiter.. peace

Selesai acara memanas badan.. wakil NGO yang menganjur larian ini mengambil tempat menyampaikan ucapan aluan dan perasmian.. intipati ucapan adalah sama dengan wakil organiser yang bercakap dengan saya sebelum ni... peace.. gud... hasrat adalah murni.. cuma sekali lagi terkilan dengan sudut pameran.. tak sehaluan dengan matlamat sejagat.. peace sekali lagi.. Larian dilepaskan tepat jam 8.30 pagi.. Larian melibatkan sejauh 8km mengelilingi bandar Kuala Terengganu dan berakhir semula ditempat pelepasan... diringi oleh abang abang @ pakcik2  rider ( pun boleh).. wah..macam VVIP juga la kita orang..


Saat countdown.. nipun saya nak komen .. "1,2,3..run "  dilaungkan dalam bahasa Cina.. 

Tugasan saya selesai di sini buat sementara waktu.. sebab tugas saya cuma menghantar puteri jer  (Kak Wea).. saya tak berlari pun.. hahaha.. kantoi.. beriya iya ingat turut serta berlari...

Apa pun..jom layan gambar KakWea dan Kak Nik serta apa kata kedua puteri saya ni dengan larian ni..


KWae : " saya menyertai larian ni sebab utama nak dapatkan markah Ko Korikulum.. untuk mohon belajar kat U nanti.."     alahai gitu pula...
Kwae: " Edit molep gambar yer  papa.. boleh wat iklan bele2 ( sambil sambil).. yer la..jiwa remaja.. faham! bebenar..


peace bro....

Bersama rakan sekolah yang nawaitu adalah sama.. nak dapatkan markah ko kurikulum.. aik.. ada yang berselipar  nak berlari..kantoi.. apapun.. PEACE.. :) p


 Saya: "Masih segan segan nak ikut tarian GangNam style.. belasah je"



P.S : Jika kesempatan saya akan upload klip video larian ni di masa akan datang... one more time..PEACE...






No comments:

Post a Comment