Monday, 21 October 2013

Clip Video : Guardrail Installation

 
 
Aku masih teringat semasa menuntut di USM dahulu.. setiapkali ada assignment yang memerlukan informasi sebenar di tapak kerja.. bukan sekadar teori.. aku terkial kial mencari sumber.. sukar untuk membayangkan bagaimana kerja sebenar disiplin kejuruteraan awam di lapangan..
 
 
Bersandarkan kepada pahitnya pengalaman itu... aku rakamkan bagaimana pemasangan tiang guardrail dilaksanakan di lapangan.. sangat berguna kepada pelajar ITP yang mencari sumber utk menyiapkan tugasan dan mengembangkan daya imiginasi..
 
Jom layan...
 
 


Wednesday, 16 October 2013

PENGAJARAN DARI KEHIDUPAN SILAM

 


"Kehidupan silam membuatkan hubungan keluarga ku dengan adik beradik sebelah arwah ayah agak terbatas.. Pengajaran yang perlu aku abadikan untuk tidak diulangi oleh anak anak ku.. Akan aku cuba untuk merapatkan semula hubungan.. kerana pertalian mereka tidak jauh.. hanya emak saudara"


 

Catatan ini khas untuk mengabadikan keakraban anak anak ku dengan mak sedaranya.. adik beradik ku sebelah arwah ayah.. Kami jarang berjumpa lantaran tuntutan membangun karier masing masing..  Kisah hidup silam dan perjalanan mengharumi kehidupan membuatkan hubungan anak anak ku dengan adik beradik ku sebelah arwah ayah agak terbatas. Pun begitu.. bila ada kesempatan.. aku kan cuba untuk mengakrabkan mereka. Biar mereka tahu bahawa di situ masih ada talian kekeluargaan..
 

Catatan lampau...

1971..Seusia 7 tahun aku terpisah dengan ibu dan ayah ku apabila kedua ibubapa ku mengambil 'haluan masing masing'. Aku dibesarkan oleh Datuk Saudara sebelah arwah ayah ku. Arwah ayah seorang yang gemar merantau.. jarang berada di kampung. Ahamdulillah. aku dibesarkan dengan sempurna oleh Datuk Saudara ku..meskipun jauh disudut hati..aku menagih kasih sayang dari kedua ibubapa ku.. Sebelah ibu aku tiada masalah untuk melepaskan rindu.. Datuk Saudara akan membawa ku ke rumah ibu apabila aku meminta.. jaraknya hanya dekat..Kg Pak Badol ke Kg Danan.. setengah jam membonceng basikal tua Datuk Saudara ku.. aku akan ditinggalkan di situ semalam dua apabila cuti hujung minggu.. Cuma kerinduan kepada ayah.. sukar untuk dilepaskan kerana ayah ku berada jauh diperantauan.. entah di mana.. Aku terus membesar.. dari kanak kanak menjadi remaja.. dari sekolah rendah hinggalah aku ke menara gading. ayah jarang ku temui..  cuma sekali sekala bila musim perayaan.. ayah akan balik ke kampung..
 
1985.. aku memasuki alam pekerjaan.. sudah berupaya berdikari.. fikiran semakin matang.. tapi masih gila gila remaja.. aku bekerja di Ibukota.. bandaraya KL.. gah dengan motor kuasa tinggi ku YPVS 250cc..
 
1990an.. aku ditukarkan ke Muadzam Shah, Pahang.. usia ku sudah mid 20an.. sudah pakai kereta.. Proton Saga color putih mutiara.. Berada jauh dari Bandaraya membuatkan aku mula muhasabah diri.. mula mengingatkan asal usul ku.. kekeluargaan yang 'renggang'  Aku mula merisik untuk menjejaki ayah ku yang telah lama tidak ku temui.. Pencarian ku dimakbulkan olehNya.. ayah dan keluarganya ku pujuk untuk balik menetap di kampung di rumah arwah bapa saudaranya yang juga datuk saudara ku yang membesarkan aku.. sehinggalah ayah pergi buat selama lamanya.
 
Kehidupan silam ini membuatkan hubungan aku dengan adik beradik sebelah arwah ayah agak terbatas.. Pengajaran yang perlu aku abadikan untuk tidak diulangi oleh anak anak ku.. Akan aku cuba untuk merapatkan semula hubungan.. kerana pertalian mereka tidak jauh.. hanya emak sedara..
 

Catatan terkini..

Tuntutan hidup masa kini memungkinkan hubungan kekeluargaan akan pudar.. Jika tidak ditangani dengan bijaksana.. tidak mustahil emak saudara dan sepupu dirasakan macam orang asing..Oleh itu, setiap kali musim perayaan.. keutamaan dalam agenda ialah menziarahi setiap ahli keluarga terdekat ku.. aku bawa seluruh ahli keluarga ku turut bersama.. tujuannya satu.. supaya mereka saling kenal mengenali,, supaya ikatan kekeluargaan tersimpul kemas.. tiada lagi tembok pemisah antara kami.. perlu refreshment once a year..
 
2013..Kesempatan pertemuan di hari lebaran Eidul Adha.. berupaya menggambarkan keakraban yang aku impikan... semuga anak anak ku tahu sebahagian dari asal usul mereka.. arwah ayah (datuk mereka)  yang tidak kesempatan mereka melihat dan menatapi wajahnya bukan penghalang untuk mereka merasakan aliran darah dalam tubuh mereka dan tubuh emak saudaranya adalah sebahagian dari zuriat yang sama.
 

Photo yang memberi seribu harapan...

  
 
 
 
  
 

 

 

 


 
 
 Salam Eidul Adha..

Tuesday, 15 October 2013

EIDUL ADHA 2013:

 Sudah hambarkah sambutannya??

 

"Peredaran zaman.. ramai perantau yang sudah terikut ikut bahawa Raya Haji tak sepenting mana.. Iklan dan promosi untuk Raya Haji pun nampak sangat kelesuan .. tiada bena dari ahli politik yang tergantung sana sini.. berbeza Eidul Fitri.. ramai ahli politik dan pemimpin tempatan berebut rebut mencari lokasi strategic untuk menggantung bena " selamat pulang perantau"

 
  
2013: Eidul Adha jatuh pada 15 Oktober hari Selasa.. cuaca hari raya adalah baik.. mentari menyinari dari terbitnya fajar hingga ke petang.. membantu melicinkan segala urusan dan perancangan yang di atur sepanjang raya. Jom kita kongsi perjalanan  Eidul Adha bersama untuk sensasikan tajuk pilihan catatan ku kali ini..
 
Aku berangkat balik ke kampung sehari sebelum Eidul Adha.. kampung yang dituju adalah kampung Lemal, Pasir Mas.. kampung mertua..  kampung yang banyak ku habiskan masa di 'hari hari besar' begini.. kampung asal ku telah lama jadi kampung kedua setelah kedua  ibu dan bapa ku pergi mengadap Ilahi. Perjalanan balik kampung dari Kuala Terengganu tidak banyak terganggu.. lancar.. cuma tersangkut sedikit bila memasuki kawasan bandar atau pekan utama disatu satu daerah  .. perjalanan juga sedikit terganggu akibat hujan lebat sesampai saja di Pekan Tok Bali.. Tok Bali menjadi tempat persinggahan wajib setiap kali aku balik kampong.. tempat mendapatkan sedikit buah tangan untuk di hadiahkan kepada mertua.. udang,, ketam.. dan tak lupa ikan ayo.. ikan kegemaran mertua ku untuk di masak gulai juadah pagi.. nasi berlauk.. puhhhh... gulai yang cukup ump.. Perjalanan ini memberi gambaran awal kemuraman Eidul Adha dalam konteks 'balik kampung'..
 
Jadual semalam agak sibuk.. sesampai saja di Lemal.. bersama keluarga aku bertolak ke Ketereh.. rumah arwah ibu ku.. untuk memenuhi jemputan majlis cukur kepala anak baru suami arwah ibu ku. Sempat singgah di pekan Ketereh untuk mendapatkan hadiah buat 'new born'. Pekan yang agak sibuk. mungkin ramai yang sedang mendapatkan bekalan akhir untuk sambutan Eidul Adha.. Ini menampakkan sedikit kemeriahan..  sedikit sukar nak dapatkan parking..tapi tak lama sangat menunggu. Sampai di rumah, semua adik beradik ku telah pun sampai.. masing masing bertanya khabar.. maklumlah masing masing berjauhan dan cuma berhubung dengan whatsapp.. Riuh rendah rumah arwah ibu dengan telatah sepupu anak anak kami.. kumpulan kanak lelaki dengan power ranger dan ultraman.. remaja perempuan dengan bercerita kisah aktres korea.. Geng dewasa berbual pasal kehebatan kereta masing masing...  Geng isteri pula dengan kakah emas dan baju serta beg mak datin.. situasi dan suasana yang wajib setiap kali kami berhimpun .. semangat kekeluargaan yang jitu keakraban..
 
Malam raya sempat juga kami ronda Bandar Kota Bharu  semasa perjalanan balik ke Pasir Mas.. saja nak lihat suasana.. lagipun malam masih muda.. sekitar jam 9.00 malam. Kami susuri jalan  hadapan Masjid Utama Negeri.. deretan kedai yang menjual pakaian islamik, jubah, ketayap dan bau bauan minyak atar..  Singgah untuk dapatkan baju jubah anak tunggal lelaki kami.. menyusuri KB Mall.. untuk baju raya puteri bongsu..Bandar Kota Bharu tak sesibuk yang ku sangkakan.. agak lengang walaupun jam sekitar pukul 10.00 malam.. Banyak kedai telah menutup operasi seharian.. Mungkin juga kerana system jalanraya telah bertambah baik menyebabkan tiada kesesakan berlaku.. Laluan baru dari Jambatan Sultan Yahya Petra telah dibuka sepenuhnya  banyak membantu melancarkan lalulintas.. anak anak kami mengatakan KB dah setaraf KL dengan jaringan jalan yang berkonsep flyover.. Kami perasan.. sebenarnya memang traffic agak lengang di pusat Bandar menunjukkan ramai warga TRW di perantauan tetap berada di perantauan..
 
Pagi raya, di izinNya sebagaimana dirancang untuk kami sekeluarga bersolat sunat Eidul Adha di madrasah hadapan rumah.. Madrasah 'hijau'... 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum melangkah masuk ke ruang solat..sempat juga saya rakamkan photo untuk diabadikan..
 
 
 
 



 
 
Selepas solat sunat.. baru kami menjamah juadah pagi raya beramai ramai.. nasi beraluk ikan ayo, gulai ayam dan udang.. sedikit ketupat untuk memenuhi syarat hari raya.. Teh tarik special oleh mertua ku memang menjadi kegemaran kami seisi keluarga..

 
 
 
 

Raya Qurban.. senonim dengan merebahkan lembu... pun begitu setengah tempat dah mula merebahkan Unta.. tapi jarang kedengaran kerana kesukaran mendapatkan sumber..tetapi lembu ada di mana mana.. harga sebahagian lembu dari 7 bahagian  adalah  RM500.00.. memberi maksud sekor lembu bernilai RM3.5K.. puhhh... boleh tahan.. harga jualan biasa daging lembu ialah RM24.00/kilo. Timbangan bagi daging lembu Qurban bagi sebahagian yang kami terima ialah 17 kg... memberi maksud sekor lembu qurban jika untuk jualan biasa sekitar RM2.9K telah melambung RM3.5K.. macam ada unsur 'perniagaan' dalam urusan lembu Qurban.. Nauzubillah...

Selepas Zohor.. kami mula menziarahi keluarga terdekat.. bermula dengan rumah arwah ibu di ketereh.. kerana diadakan majlis aqiqah.. Perjalanan dari Pasir Mas ke ketereh biasa biasa saja.. semacam bukan musin perayaan..terlintas dalam fikiran..kemeriahan raya qurban di Kelantan sudah mula pudar.. tidak se gah dulu.. Dulu.. bila sebut raya haji.. sambutan di Kelantan akan lebih meriah dari Raya Eidul Fitri..perantauan akan berduyung duyung balik kampong.. sebab itu cuti Raya Qurban di Kelantan adalah 2 hari berbanding negeri sebelah Pantai Barat yang cuma sehari.. Peredaran zaman.. ramai perantau yang sudah terikut ikut bahawa Raya Haji tak sepenting mana.. Iklan dan promosi untuk Raya Haji pun nampak sangat kelesuan .. tiada bena dari ahli politik yang tergantung sana sini.. Berbeza Eidul Fitri.. ramai ahli politik dan pemimpin tempatan berebut rebut mencari lokasi strategic untuk menggantung bena " selamat pulang perantau"..

 Kami sampai di ketereh sekitar pukul 4.00 petang.. sesampai saja kami dapati tiga dari keluarga adik beradik kami sedang berkemas untuk balik ke ibukota.. terpaksa berangkat awal kerana esok anak anak dah mula bersekolah..hanya sempat beraya sehari sahaja.. terlintas lagi difikiran ku.. adakah ini satu dari seribu punca kelesuan Eidul Adha mutakhir ini.. kurang cakna pentadbiran...

 
 
 



Sekitar 6.00 petang.. ziarah raya di teruskan ke rumah arwah ayah di Pak Badol yang masih didiami oleh adik adik ku.. Kami lima beradik sebelah arwah ayah.. masih seorang di alam persekolahan iaitu adik bongsu yang lebih glamour dengan panggilan moksu oleh anak anak kami.. anak anak kami lebih akhrab dengan moksu..mungkin sezaman dan mungkin moksu suka layan karenah.. belajar di UiTM tahun akhir.. bakal pegawai farmasi.. Syukran.. moksu dirumah bila kami sampai di sana. Langkah kanan.. jarang sangat kami dapat bertemu.. bila kesempatan bertemu begini.. anak anak kami sangat teruja dan penuh dengan gelagat nakalnya untuk mengusik moksu mereka. Suasana di sini menampakkan roh hari lebaran dengan telatah anak kami yang sudah lama memendam kerinduan pada Tok Mek dan emak saudara mereka. Semuga ikatan kekeluargaan tidak pudar ditelan zaman.




 
 



 
 
 Ziarah terakhir ialah rumah keluarga angkat.  Rumahnya hanya menyeberangi sungai dari rumah arwah ayah. Kami tinggal sebumbung di zaman kanak kanak  saya. Akrab hingga kini. Rumah ni tak pernah sunyi dengan himpunan keluarga setiap kali musim lebaran. Kali ini kelihatannya juga berbeza.. tak ramai ahli keluarga berhimpun.. yang ada cuma dua anak kembar mereka.. sebelah rumahnya adalah rumah kakaknya.. juga sunyi sepi.. tak kedengaran riuh rendah cucu cucu sebagaimana lazim..  Masuk maghrib..aku ke surau berdekatan.. tujuannya selain menunaikan solat berjemaah ialah untuk berjumpa rakan sepermainan ku dulu.. aku dibesarkan di kampung ini.. aku hampa lagi.. yang ada hanya beberapa kerat warga emas.. Kampung asalku telah lesu di hari raya qurban.. Sebelum berangkat balik ke Pasir Mas..kami makan malam di sini dengan menu Raya Qurban.






 Sepanjang perjalan balik ke Pasir Mas.. fikiran aku melayang memikirkan Eidul Adha telah mula terhakis sinarnya.. Tak ramai perantau yang balik menjengok keluarga sempena lebaran.. Bagaimana situasi zaman yang mendatang.. zaman anak anak kami yang akan merantau dari sisi kami.. balikkah mereka memeriahkan lebaran Eidul Adha bersama kami??.. atau hanya sekadar SMS atau Whatsapp pengganti diri..







 
 


Saturday, 5 October 2013

MALAM PENUH TRAGIS BUAT MAT YO



5 Oktober 2013: Perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia antara TRW dengan JDT.. sejarah tercipta dalam arena bola sepak Malaysia apabila pasukan JDT diaibkan dengan 6 gol..Jumlah gol yang diluar jangkauan peminat TRW apatah lagi peminat JDT..Ramalan awal oleh pengulas hanya sekitar  1 atau 2 gol  yang akan tercipta.. ini berdasarkan JDT di barisi oleh 'bintang bola sepak'...

Teringat lagu .. 2-1 kocik bonar.. 4-1 sonyum   lebar... yang tiadanya ialah ungkapan 6-1 biso bonar... Syabas TRW..

Pagi ini. 6.10.13.. wall fb saya dipenuhi dengan ulasan ulasan berkaitan perlawanan TRW dengan JDT malam tadi..Saya nak kongsi telatah spontan yang penuh kreatif dan mempunyai maksud yang tersirat dan terpendam di wall fb penyokong kelantan.. semuanya gara gara insiden yang menimpa kehidupan Mat Yo...

WALL 1...

Reaksi yang merujuk kepada insiden di Skypark..

WALL 2..


Gambar yang merujuk kepada hidung Mat Yo yang berdarah akibat asakan oleh Indra

WALL 3..


No komen....

WALL 4..
Terbaik.... cool...

Saya bersimpati dengan Mat YO malam tadi..tetapi sebagai penyokong tegar TRW.. saya bangga dengan prestasi dan semangat juang TRW..

Malam tadi adalah malam yang penuh dengan pengajaran dan tauladan..
Malam yang penuh tragis buat Mat Yo..
"Rimau berdarah dan tersungkur longlai di kaki Sang Kijang"

Tuesday, 1 October 2013

# PMR: 3 Hari Periksa Untuk Uji 3 Tahun Belajar #


Malam tadi selaku ayah kepada anak yang akan menduduki PMR, saya peruntukkan masa untuk melangkah ke Sek. Men . Tengku Bariah untuk sama sama dengan warga SMK Tengku Bariah (SMKTB) menunaikan Solat Hajat Perdana.

Melangkah ke SMKTB bukanlah asing sangat kepada saya.. sudah tiga tahun saya berulang masuk keluar ke sekolah ni.. Disetiap penghujung tahun.. sayalah yang akan mengadap guru darjah untuk mendengar dan memberi pandangan terhadap prestasi dua puteri saya yang belajar di sini..Saya juga tidak pernah miss untuk menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah.. Satu ketika dua puteri saya diperli oleh rakan sekolahnya.."keluarga awak ni berpisah@bercerai ke..hanya ayah awak jer datang "... Nak menguatkan betapa saya bukan asing di kalangan pelajar dan guru kelas SMKTB..

Tiga tahun hampir berlalu.. Rabu ( 2.Oktober) bermulah PMR terakhir dalam kamus Dasar Pendidikan Negara..Malam tadi hampir 90% pelajar dan keluarga yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM di SMKTB memenuhi Madrasah dan Dewan sekolah.. Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan bacaan Yassin beramai ramai, diikuti solat Maghrib berjemaah, solat Hajat dan disudahi dengan solat Isyak..

Tujuan hanya satu.. memohon kehadrat Ilahi semuga tiga tahun yang dipelajari oleh anak anak dapat diungkaikan dengan sempurna dalam 3 hari PMR. Tak dinafikan.. majlis sebegini berupaya melonjakkan semangat pelajar untuk berhati hati dalam menjawab peperiksaan supaya hasrat ibu bapa dapat diterjemahkan..


Pelajar yang menyertai solat hajat

Antara ibu yang hadir

Pemerhatian saya.. reaksi raut muka dan bahasa badan pelajar pada malam tadi pelbagai.. ada yang ceria.. ada yang sugul dan ada yang bersahaja.. Reaksi ini mungkin boleh dikaitkan dengan persediaan pelajar selama 3 tahun tersebut..

" Pelajar yang ceria menggambarkan pelajar ini adalah pelajar yang berupaya mengenal diri dan potensinya.. ibarat kalau bangun pagi.. dia tak lupa untuk mengemas tempat tidurnya.. memastikan semuanya sempurna dan teratur.." Maknanya pelajar ini telah menggunakan seoptimum mungkin sepanjang 3 tahun dan begitu berkobar kobar untuk menzahirkannya dalam 3 hari PMR..

" Pelajar yang sugul menggambarkan dia telah mengenal dirinya tetapi agak kabur untuk mengenal potensi yang dia miliki.. ibarat kalu bangun pagi.. dia asyik terlupa untuk berus giginya walaupun dia sudah berada dalam bilik air untuk mandi".. Apa pengajarannya... Pelajar ni tahu, 3 tahun untuk persediaan tetapi memikirkan masa 3 tahun tu terlalu lama.. Tunggu tahun ke 2 saya akan pulun.. Tetapi .. sedar tak sedar hanya beberapa minggu sahaja lagi PMR bakal menjelang.. Study gila2... mula terasa masa itu emas.. tetapi dah tak sempat nak cover.. berdebar debar menunggu 3 hari PMR .

" Pelajar yang bersahaja menggambarkan pelajar ini dari golongan yang tak akil baligh.. diri dan potensi langsung tidak dikenalinya.. ibarat kalau tidur.. di mana mana pun boleh..ruang tamu..atas kerusi..di beranda.. beralas ke tidak no hal.. janji boleh lelap mata dan pagi esok boleh dicelikkan semula mata... Maknanya pelajar ni hanya menuruti arus.. mak bapak suroh pergi sekolah saya pergi.. ikutkan hati.. nak lepak kat Giant atau Maidyn jer...cuci cuci mata.. lagi syok.. Golongan pelajar yang menyiksakan pengetua dan guru guru kerana berpotensi besar menjatuhkan KPI sekolah..


3 tahun belajar akan diuji 3 hari PMR.. itulah hakikatnya.. Doa saya semuga pelajar SMKTB akan mendapat inayah dan perlindungan Ilahi.. Menjawablah dengan penuh hati hati.. jangan gopoh dan over confident.. masa terluang.. semak semula..  tidur awal malam.. bangun awal pagi.. selepas solat subuh.. munajatlah sepenuh hati..jiwa dan raga  kepada Ilahi..solat sunat Dhuha sebelum melangkah ke dewan..  biar berlinangan airmata semasa berdoa .. semuga linangan airmata kegembiraan selepas keputusan PMR.. SELAMAT BERJUANG..






Tuesday, 10 September 2013

Part 1:  Permukaan Jalan Beralun : Apa penyelesaiannya?...

Persoalan:


Kerapkali kita menemui permukaan jalan yang beralun. Namun jarang memikirkan punca utama yang menyumbang kepada berlakunya permukaan beralun tersebut. Spontan yang terlintas diminda ialah kesilapan pelaksana. Tidak dinafikan tetapi adalah lebih baik jika kita juga dapat memahami punca tersebut sebagai satu justifikasi dalam menyalahkan pihak tertentu. Memahami punca sesuatu akan meletakann justifikasi yang seimbang dalam menyalahkan pihak pihak tertentu setelah mempertimbangankan kekangan yang wujud.


Punca dan Penyelesaian..

Punca utama berlakunya permukaan jalan beralun:
  i. Berlakunya proses pengukuhan ( sedimentation) ke atas tanah tambun
  ii. Lapisan sub base dan base yang tak terpadat sepenuhnya
  iii. Menggunakan kaedah konvensional ke atas kawalan ketebalan lapisan premik semasa proses 
      hamparan. 

Antara kaedah untuk mengatasi punca tersebut  ialah :
  i.  Proses pengukuhan tanah dengan mengenakan 'surcharge' dan 'proof rolling'
  ii. Sub base dengan melakukan lapisan 'wetmix' untuk mencapai pemadatan yang sempurna
  iii. Kawalan ketebalan lapisan premik dengan menggunakan kaedah 'string wire'.

Perkongsian pengalaman.

Kesempatan kali ini.. saya akan berkongsi pengalaman kawalan ketebalan premik menggunakan 'string wire' yang dipraktikkan di Lebuhraya Pantai Timur sebagai satu langkah dalam mengawal isu permukaan jalan beralun. Insha Allah.. dikesempatan lain.. kaedah yang digariskan di atas akan saya nukilkan untuk di kongsi.. 

Pengalaman di Lebuhraya Pantai Timur 


Semasa sedang melihat aktiviti penghamparan premik di salah satu tapak di LPT2.. terfikir untuk berkongsi pengalaman @ pengetahuan tentang teknik yang digunakan di Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam kerja penghamparan premik...  kaedah yang digunakan boleh dikelaskan up to date method.. kan sedang bina lebuhraya bukannya jalan sebarangan. Peringkat awal bersama LPT, selalu terdengar perkataan 'string wire' disebut sebut dalam mesyuarat tapak. Oleh itu ramai dikalangan kita yang berada dibidang ini belum berkesempatan terlibat dengan hamparan premik  yang menggunakan string wire dalam mengawal ketebalan. lapisan premik. Jom kita share pengalaman ini... " sharing is caring"...

Ketetapan Spesifikasi:

Jumlah ketebalan purata terpadat bagi struktur asfalt (gabungan lapisan binder dan wearing) hendaklah tidak kurang daripada ketebalan yang ditetapkan. Manakala ketebalan mana-mana lapisan  asfalt ( binder ataupun wearing) hendaklah tidak kurang daripada ketebalan yang ditentukan dengan toleransi 10mm. 

Isu dalam memenuhi kehendak spesifikasi..
Struktur lapisan permukaan jalan (premik) terdiri dari dua struktur yang dipanggil lapisan Binder ( bahagian bawah) dan lapisan Wearing ( bahagian atas). Tekstur lapisan binder lebih kasar  dengan saiz batuan maksima 28mm manakala lapisan wearing ( bahagian atas) yang bersentuhan dengan tayar kenderaan, teksturnya lebih halus ( saiz batuan kurang dari 14mm). Cabaran semasa menghampar lapisan ini ialah memastikan ketetapan spesifikasi di atas dipatuhi.

Kaedah konvensional @ manual :
Ketebalan premik dikawal dengan melaras @ mengawal mata pangsi penurap secara manual. Seorang pekerja ditetapkan dibelakang paver ( mesin menghampar premik) untuk menyemak ketebalan premik dengan mencucuk sebatang besi yang telah ditanda ketebalan yang dikehendaki ke dalam lapisan hamparan premik tersebut. Jika terlebih tebal ataupun terkurang tebal, mata pangsi penurap akan diselaraskan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki. Pengawalan ini berlaku disepanjang jajaran jalan yang dihampar. Kekerapan melaras mata pangsi penurap inilah ( untuk mengawal ketebalan premik sebagaimana kehendak spesifikasi) yang menghasilkan permukaan jalan yang beralun.


Kaedah automatik:
Kawalan ini digunakan untuk mengekalkan tahap, ketebalan dan crossfall ke tahap yang lebih tinggi kekerapan daripada yang biasanya diperolehi dengan kawalan manual. Kawalan automatik menggunakan sensor untuk mengaktifkan mekanisme hidraulik yang mengawal mata pangsi penurap. Meningkatkan dan mengurangkan mata pangsi mengubah  ketebalan asphalt
Probe sensor boleh bergerak pada rujukan talian tetap (string wire) yang dipasang selari dengan permukaan siap yang dikehendaki. Probe sensor akan menghantar maklumat  ketinggian lapisan premik yang dikehendaki kepada 'computer board ' yang akan mengawal aras laran mata pangsi. Ini memberi maksud ketebalan premik telah dikawal sebelum proses hamparan lagi.

Proses kerja :
 

Langkah 1:

String wire dipasang melalui tiang sokongan khas ke tahap yang telah ditetapkan sebagai 


rujukan untuk sensor. Merupakan satu kaedah yang sangat berkesan membetulkan bentuk permukaan yang tidak teratur supaya hamparan premik kelak tidak mengikut permukaan tersebut. Inilah punca permukaan premik yang beralun apabila proses hamparan menggunakan kaedah manual. Untuk mengatasi dari berlaku pengenduran pada string wire, tiang sokonga di pasang tidak melebihi daripada jarak 5m ( memastikan ketebalan premik tidak kurang dari ketebalan yang ditentukan ; kehendak spesifikasi). 



Gambaran string wire dan tiang sokongan di lapangan

Tiang sokongan adalah dari jenis boleh laras supaya ketebalan premik yang hendak dihampar dapat ditentukan dan dikunci supaya ia kekal dengan ketinggian yang dikehendaki.

Tiang sokongan boleh laras yang berkunci

Langkah 2:
Semasa proses penghamparan premik, probe sensor dilaras supaya bersentuhan dengan string wayar. Probe sensor ini akan menghantar maklumat kepada computer board dan seterusnya mengawal aras mata pangsi penurap untuk menentukan ketebalan lapisan premik yang terhampar. 

Probe sensor dipastikan bersentuhan dengan string wire sebelum hamparan
Langkah 3:
Peringkat permulaan hamparan, semakan ketebalan premik terhampar di lakukan untuk memastikan ketebalan adalah sebagaimana yang dilaraskan oleh string wire. Apabila kepatuhan ketebalan dipastikan, kerja hamparan bolehlah diteruskan.



Menyemak ketebalan premik  sebelum proses hamparan dilanjutkan.

Kawalan ini sebenarnya menetapkan ketebalan premik tidak kurang dari ketebalan yang ditetapkan dengan masa yang sama mengawal permukaan yang rata. Sebarang perubahan permukaan pada aras memanjang berubah secara perlahan perlahan dalam sela setiap 5m Oleh itu, walaupun bentuk permukaan asas beralun tetapi lapisan premik akan kekal rata. Itulah idea disebalik penggunaan string wire. 


Permukaan premik yang rata terhasil dengan penggunaan kawalan string wire


Klip video semasa proses hamparan premik









Friday, 6 September 2013

When You Lose, Don't Lose The Lesson

 ( Part Kuala Krai : Dulu dulu dulu dan sekarang)


Terjaga dari tidur pagi ni didapati hujan yang turun sewaktu  saya cuba pejamkam mata sekitar pukul 1.00 pagi masih lagi belum reda.. Bulan September.. hitungan saya.. sebulan dua lagi musim monsun kan datang lagi.. Teringat musim monsun @ banjir @ bah ni.. memori terus terlintas sewaktu waktu dulu semasa berkhidmat di JKR Kuala Krai ..  Waktu sebegini kami mula menyibukkan diri membuat pemantauan ke atas jalan  jalan raya yang dinaiki air.. pasang indikator ( petunjuk aras kedalaman air atas jalan), papantanda pemberitahuan dan mengaktifkan diri dalam mood standby.. mengaktifkan merujuk kepada jentera berat seperti bulldozer, jengkaut dan lori dalam keadaan berfungsi.. standby di  bilik gerakan secara bergilir gilir .. untuk menyahut panggilan kecemasan bila berlaku runtuhan. Cuti rehat dibekukan..

Bandar Kuala Krai.. bertukar wajah menjadi pesta air bila tiba musim banjir.. Laluan FT008 di lokasi Sg. Durian akan menjadi tumpuan.. Saban tahun.. lokasi ini akan terputus hubungan setiap kali musim banjir.. Deretan kenderaan sepanjang jalan dari Kuala Lumpur maupun dari Kota Bharu akan berbaris panjang.. meriah.. Meriah dari pandangan umum... tapi bebanan dan cabaran kepada JKR dan Pejabat Tanah dan Jajahan.. cabaran untuk mengatasi isu yang berpanjangan.. Dulu dulu dulu.. (terikut ikut lirik lagu Tegar) banyak lokasi yang ditenggelami air sepanjang FT008.. tapi semuanya dah diselesaikan ( menaik aras jalan & bina jalan baru).. Sekarang.. cuma tinggal di Kuala Krai sahaja.. itulah bebanan dan cabaran..

Lokasi jalan terputus di Kuala Krai...

FT008 adalah jalan utama bermula dari Bentung, Pahang sehingga ke Kota Bharu..

Sememangnya ada laluan alternatif untuk ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan sebaliknya. Namun laluan tersebut adalah jalan negeri dengan taraf jalan R2 ( sempit dan berselekoh). Laluan juga melibatkan jarak perjalanan yang berkali ganda serta berisiko dengan runtuhan cerun di musim banjir.


Inilah realiti bila jalan terputus...







Meriahkan.. 

Fakta lokasi..



When you lose, don't lose the lesson..

Selaku pejabat JKR dan PTJ yang bertanggungjawab.. saya yakin rakan sejawat sebelum saya sudah banyak berusaha  untuk membolehkan lokasi ini di naiktaraf sebagaimana di lokasi lain yang telah berjaya di atasi. Selama tiga tahun saya berada di JKR Kuala Krai..usaha telah ditingkatkan untuk mendapatkan peruntukan  bagi mengatasi isu ini... 3 tahun di JKR Kuala Krai saya berkesempatan berkerja bersama 2 orang DO (District Officer).. kami merancang untuk mendapat peruntukan atau sekurang kurangnya mendapat perhatian di peringkat atasan..Pelbagai usaha dilakukan.. setiap platform yang sesuai, saya akan bersuara mengenai isu ini.. kertas kerja disediakan bersama sama dengan DO. Langkah terakhir kami ialah membawa YB Datuk Nazri Aziz ( semasa tu YB Datuk adalah selaku Pengerusi Bencana Alam Negara) ke lokasi untuk melihat sendiri isu yang berbangkit.. waktu itu, saya di penghujung perkhidmatan di JKR Kuala Krai sebelum bertukar ke Projek Lebuhraya Pantai Timur... Saya tak kesempatan untuk melanjutkan tindakan disebabkan pertukaran tersebut.


Taklimat kepada Datuk Nazri... turut serta ialah DO Kuala Krai ( belakang saya)

Taklimat kepada YB Datuk Nazri .. turut bersama ialah  Datuk Pengarah JPP Kelantan ke lokasi

Pun begitu.. Saat dan tika ini yang pastinya  Sg. Durian akan berpesta air lagi bila tiba musim banjir... harapan saya kepada rakan pengganti saya dan DO ( DO juga telah bertukar).. TERUSKAN USAHA.. dan bagi saya pepatah hikmat orang putih menjadi azimat  " WHEN YOU LOSE, DON'T LOSE THE LESSON"...

P/S:     Pohon komitmen yang lebih fokus dari 'mereka' yang ada kekuatan untuk merialisasikan harapan ini.. sepanjang pengamatan saya.. isu ini tidak dijadikan priority dalam ucapan ucapan dan press statement oleh 'mereka'..